Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat


Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat terdiri daripada Tuan Yang di-Pertua sebagai pengerusi dan enam orang ahli lain yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih dengan seberapa segera selepas setiap Parlimen dimulakan.

Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk menimbangkan dan mengeluarkan penyata kepada Majlis-Majlis yang berkenaan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan Peraturan-Peraturan Mesyuarat apabila diserahkan oleh Majlis untuk ditimbangkan.

Jawatankuasa ini tidak mempunyai kuasa untuk memanggil orang hadir dihadapannya atau meminta dikeluarkan surat kecuali diberi kebenaran oleh Majlis untuk berbuat demikian.

Sekiranya seseorang pemberitahu usul mengandungi apa-apa cadangan untuk meminda Peraturan-peraturan Mesyuarat, pemberitahu itu hendaklah menyertakan satu rang pindaan yang dicadangkan. Usul yang telah dicadangkan dan disokong adalah disifatkan sebagai telah diserahkan kepada Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat dengan tidak dikemukakan lain-lain masalah kepada mesyuarat.

Usul yang telah dicadangkan ini tidak boleh dibincangkan lagi sehingga Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat telah mengeluarkan penyata-penyata kepada Majlis berkenan dengan cadangan itu.

Ahli-ahli Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat Parlimen Kesebelas

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua [Pengerusi mengikut Peraturan Mesyuarat 78(1)].

Yang Berhormat Datuk Lim Si Cheng
Timbalan Yang di-Pertua/Ahli bagi kawasan Kulai

Yang Berhormat Dato' G. Palanivel
Ahli bagi kawasan Hulu Selangor

Yang Berhormat Datuk Ronald Kiandee
Ahli bagi kawasan Beluran

Yang Berhormat Datuk Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ahli bagi kawasan Santubong

Yang Berhormat Dato' Haji Abdul Halim bin Abdul Rahman
Ahli bagi kawasan Pengkalan Chepa

Yang Berhormat Tuan Chow Kon Yeow
Ahli bagi kawasan Tanjong

 

 

 

 
Hak Cipta Terpelihara
Parlimen Malaysia, Bangunan Parlimen, 
50680 Kuala Lumpur.       
Tel: 603-20721955, Email: info@parlimen.gov.my