Jawatankuasa Hak dan Kebebasan


Jawatankuasa Hak dan Kebebasan ini terdiri daripada Tuan Yang di-Pertua sebagai pengerusi dan enam orang ahli yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih dengan seberapa segera selepas dimulakan tiap-tiap Parlimen.

Jawatankuasa ini berkewajipan untuk menimbangkan apa-apa perkara yang diserahkan kepadanya dan mengeluarkan penyata tentang perkara itu kepada Majlis.

Apabila Majlis tidak bersidang, seseorang ahli boleh memberitahu Tuan Yang di-Pertua dan jika tidak, dikatakan telah berlaku kesalahan melanggar peraturan hak-hak dan kebebasan majlis.

Jika Tuan Yang di-Pertua telah berpuashati, ia bolehlah diserahkan kepada Jawatankuasa ini. Jawatankuasa ini seterusnya akan mengeluarkan penyata kepada Majlis berkenaan perkara itu.

Jawatankuasa ini berkuasa unutk memanggil orang hadir dihadapannya dan meminta dikeluarkan surat-surat dan boleh mengeluarkan penyata kepada Majlis dari masa ke semasa.

Ahli-Ahli Jawatankuasa Hak & Kebebasan

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua [Pengerusi mengikut Peraturan Mesyuarat 80(1)].

Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob
Timbalan Yang di-Pertua/Ahli bagi kawasan Sipitang

Yang Berhormat Dato' Chor Chee Heung,
Ahli bagi kawasan Alor Star

Yang Berhormat Dr. James Dawos Mamit
Ahli bagi kawasan Mambong

Yang Berhormat Dato' Mohd Zaid bin Ibrahim
Ahli bagi kawasan Kota Bharu

Yang Berhormat Tuan Devamani a/l Krishnasamy
Ahli bagi kawasan Cameron Highlands

Yang Berhormat Puan Chong Eng
Ahli bagi kawasan Bukit Mertajam

 

 

 

 
Hak Cipta Terpelihara
Parlimen Malaysia, Bangunan Parlimen, 
50680 Kuala Lumpur.       
Tel: 603-20721955, Email: info@parlimen.gov.my