background
btn w3c space
btn pdf btn_flash space
btn_rectblue btn_rectgreen btn_rectred space btn_txtsizenormal btn_txtsizesmaller btn_txtsizebigger close
 spacer Bahasa Malaysia | English  spacer Sabtu, 25 Mac 2017 12:18 PM  spacer
logo
Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat

Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat

Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat terdiri daripada Tuan Yang di-Pertua sebagai Pengerusi dan enam orang ahli lain yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih dengan seberapa segera selepas setiap penggal Parlimen dimulakan.

Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk menimbangkan dan mengeluarkan penyata kepada Majlis berkenaan dengan perkara-perkara yang berkaitan peraturan-peraturan mesyuarat.

Jawatankuasa ini tidak mempunyai kuasa untuk memanggil orang hadir dihadapannya atau meminta dikeluarkan surat kecuali diberi kebenaran oleh Majlis untuk berbuat demikian.

Sekiranya seseorang pemberitahu usul mempunyai apa-apa cadangan untuk meminda peraturan-peraturan mesyuarat, pemberitahu itu hendaklah menyertakan satu rang pindaan yang dicadangkan. Usul yang telah dicadangkan dan disokong adalah disifatkan sebagai telah diserahkan kepada Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat dengan tidak dikemukakan masalah kepada mesyuarat bagi dibahas.

Usul yang telah dicadangkan dan disokong ini tidak boleh dibincangkan lagi sehingga Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat telah mengeluarkan penyata-penyata kepada Majlis berkenan dengan cadangan itu.
 

Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat Dewan Negara Majlis Parlimen Ketiga Belas adalah terdiri daripada:
 
1) Yang Berhormat Senator Dato' Sri SA. Vigneswaran 
  Yang di-Pertua Dewan Negara - (Pengerusi)
2) Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Lucas bin Umbul
3) Yang Berhormat Senator Datin Rahimah bt. Haji Mahamad
4) Yang Berhormat Senator Dato' Dr. Asyraf Wajdi bin Dato‘ Dusuki
5) Yang Berhormat Senator Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian
6) Yang Berhormat Senator Dato' Goonasakaren a/l Raman
7) Yang Berhormat Senator Dr. Ariffin Bin S.M. Omar

Kemaskini Terakhir pada: 23 Ogos 2016  Spacer | Spacer Hits: 17795
 Spacer
Ikuti Kami

Facebook ParlimenRSS

Hubungi Kami


Parlimen Malaysia,
Bangunan Parlimen,
50680, Kuala Lumpur.

Tel : +(603) 2072 1955 /
      +(603) 2601 7222
Faks : +(603) 2072 7436

Emel :

Pengunjung Portal:
Semasa:2
Hari Ini:2618
Minggu Ini:36311
Bulan Ini:139094
Tahun Ini:370927
Tahun Lepas:1047021
Keseluruhan:13355684
Sejak:2009
Kemaskini Terakhir pada: 24/03/2017.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2017 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.297 saat
Versi Paparan Penuh