background
btn w3c space
btn pdf btn_flash space
btn_rectblue btn_rectgreen btn_rectred space btn_txtsizenormal btn_txtsizesmaller btn_txtsizebigger close
 spacer Bahasa Malaysia | English  spacer Sabtu, 25 Mac 2017 12:19 PM  spacer
logo
Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan

Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan ini terdiri daripada Tuan Yang di-Pertua sebagai Pengerusi dan empat orang ahli yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih dengan seberapa segera selepas dimulakan tiap-tiap penggal Parlimen.

Apa-apa perkara yang menyentuh kuasa-kuasa, hak-hak dan kebebasan Majlis akan diserahkan kepada Jawatankuasa ini yang dipertanggungjawabkan untuk menimbangkan apa-apa perkara yang diserahkan kepadanya dan mengeluarkan penyata tentang perkara itu kepada Majlis.

Apabila Majlis tidak bersidang, seseorang ahli boleh memberitahu Tuan Yang di-Pertua jika ada dikatakan telah berlaku kesalahan melanggar peraturan hak-hak dan kebebasan Majlis.

Jika Tuan Yang di-Pertua telah berpuashati, ia boleh diserahkan kepada Jawatankuasa ini. Jawatankuasa ini seterusnya akan mengeluarkan penyata kepada Majlis berkenaan perkara itu.

Jawatankuasa ini berkuasa untuk memanggil orang hadir di hadapannya dan meminta dikeluarkan surat-surat dan boleh mengeluarkan penyata kepada Majlis dari semasa ke semasa.
 

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negara Majlis Parlimen Ketiga Belas adalah terdiri daripada:
 
1) Yang Berhormat Senator Dato' Sri SA. Vigneswaran 
  Yang di-Pertua Dewan Negara - (Pengerusi)
2) Yang Berhormat Senator Datuk Jamilah @ Halimah Binti Sulaiman
3) Yang Berhormat Senator Tuan Chong Sin Woon
4) Yang Berhormat Senator Puan Hajah Khairiah Binti Mohamed
5) Yang Berhormat Senator Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah

Kemaskini Terakhir pada: 23 Ogos 2016  Spacer | Spacer Hits: 18360
 Spacer
Ikuti Kami

Facebook ParlimenRSS

Hubungi Kami


Parlimen Malaysia,
Bangunan Parlimen,
50680, Kuala Lumpur.

Tel : +(603) 2072 1955 /
      +(603) 2601 7222
Faks : +(603) 2072 7436

Emel :

Pengunjung Portal:
Semasa:2
Hari Ini:2622
Minggu Ini:36315
Bulan Ini:139098
Tahun Ini:370931
Tahun Lepas:1047021
Keseluruhan:13355688
Sejak:2009
Kemaskini Terakhir pada: 24/03/2017.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2017 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.275 saat
Versi Paparan Penuh