Jawatankuasa
Pemilih akan dilantik pada awal tiap-tiap Parlimen untuk menjalankan
kewajipan-kewajipan yang diperuntukkan oleh Peraturan-peraturan
Mesyuarat. Jawatankuasa Pemilih ini juga menjalankan perkara
lain yang diserahkan kepadanya dari satu masa ke satu masa.
Jawatankuasa
Pemilih terdiri daripada Tuan Yang di-Pertua sebagai Pengerusi,
dan enam orang ahli Majlis yang dipilih oleh Majlis. Jawatankuasa
Pemilih hendaklah memaklumkan kepada Majlis apabila seseorang
ahli menjadi ahli sesebuah Jawatankuasa dengan mengeluarkan
satu penyata. Jawatankuasa Pemilih tidak mempunyai kuasa untuk
memanggil orang hadir di hadapannya atau meminta dikeluarkan
surat-surat kecuali jika Majlis memberi kuasa untuk berbuat
demikian.
Ahli-Ahli
Jawatankuasa Pemilih Parlimen Kesebelas:
YA
Bhg. Tan Sri Dato' Seri Di Raja Ramli bin Ngah Talib (Tuan
Yang Di Pertua Dewan Rakyat) - Pengerusi
YAB
Dato' Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak (Timbalan
Perdana Menteri)
YB. Dato' Seri Ong Ka Ting
YB. Dato' Seri S. Samy Vellu
YB. Tan Sri Datuk Panglima Bernard Giluk Dompok
YB. Datuk Dr. Leo Michael Toyad
YB. Tuan Lim Kit Siang (Ketua Pembangkang) |