Jawatankuasa
Dewan terdiri daripada Tuan Yang di-Pertua sebagai Pengerusi
dan enam orang ahli yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih
selepas dimulakan tiap-tiap Parlimen dengan seberapa segera.
Jawatankuasa
ini bertugas sebagai penasihat kepada Tuan Yang di-Pertua
atas segala perkara berkaitan dengan kesenangan dan kemudahan
serta khidmat-khidmat dan kenikmatan-kenikmatan bagi ahli
Majlis.
Jawatankuasa
ini tidak mempunyai kuasa untuk memanggil orang hadir dihadapannya
atau meminta dikeluarkan surat-surat kecuali jika diberi kuasa
oleh Majlis untuk berbuat demikian.
Setiap
minit mesyuarat Jawatankuasa Dewan akan dihantar kepada semua
ahli Majlis.
Jawatankuasa
ini diberi kuasa bersidang atau bermesyuarat sebagai Jawatankuasa
Bersama dengan Majlis Dewan Negara.
Ahli-Ahli
Jawatankuasa Dewan
Yang
Berhormat Tuan Yang di-Pertua [Pengerusi mengikut Peraturan
Mesyuarat 79(1)].
Yang
Berhormat Puan P. Komala Dewi
Ahli bagi kawasan Kapar
Yang Berhormat Dato' Raja Ahmad Zainudin bin Raja Omar
Ahli bagi kawasan Larut
Yang Berhormat Dato' Goh Siow Huat
Ahli bagi kawasan Rasah
Yang Berhormat Datuk Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ahli bagi kawasan Santubong
Yang Berhormat Datuk Suhaili bin Abdul Rahman
Ahli bagi kawasan Labuan
Yang Berhormat Tuan Tan Kok Wai
Ahli bagi kawasan Cheras |