ISTIADAT PEMBUKAAN PENGGAL KETIGA MAJLIS PARLIMEN YANG KE-13
control 1control 2control 3
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah merasmikan pembukaan mesyuarat pertama penggal ketiga Parlimen ke-13 di sini hari ini.
 
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menerima titah ucapan diraja daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada istiadat pembukaan mesyuarat pertama penggal ketiga Parlimen ke-13 di Bangunan Parlimen di sini hari ini.
 
Istiadat pembukaan itu menyaksikan atur cara sambutan majlis perbarisan kawalan kehormat yang secara tradisinya berlangsung di Dataran Parlimen, diadakan di Dewan Bankuet, Blok Utama Parlimen Malaysia. Ini merupakan kali ketiga istiadat itu diadakan di Dewan Bankuet, dengan kali pertama ialah semasa pembukaan penggal pertama Parlimen ke-13 pada 25 Jun 2013 atas faktor jika cuaca buruk.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bersama Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah pada 10 pagi disambut Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Datuk Sri Panglima Pandikar Amin Mulia. Turut menyambut ketibaan Seri Paduka berdua ialah Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dan isteri YABhg. Datin Sri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd. Yassin.

Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah kemudian diiring masuk ke Dewan Bankuet untuk menerima sembah 'Hormat Diraja' daripada tiga pegawai dan 24 anggota lain-lain pangkat Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja diketuai Mejar Azlan Shah Baharom.

Lagu Negaraku kemudian dimainkan oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja dari Kem Sungai Besi dan diikuti tembakan meriam 21 das. Upacara pemeriksaan kawalan kehormat oleh Yang di-Pertuan Agong bagaimanapun tidak diadakan seperti kebiasaannya berikutan ruangan dewan yang terhad. Tepat 11 pagi, loceng istiadat dibunyikan dan Seri Paduka diiringi ke Dewan Rakyat untuk menyampaikan titah ucapan.

Dewan Rakyat kemudian akan bersidang selama 20 hari yang berakhir pada 9 April ini. Manakala, mesyuarat Dewan Negara pula bermula pada 13 April dan dijadual berakhir pada 28 April ini.

Kemaskini terakhir pada: 13 Mac 2015 | Hits: 12641

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 24/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.046 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my