AGONG RASMIKAN ISTIADAT PEMBUKAAN MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KE-4 PARLIMEN KE-13
control 1control 2control 3
PARLIMEN MALAYSIA, 7 Mac – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini telah merasmikan istiadat pembukaan mesyuarat pertama penggal keempat Parlimen Ke-13.


SPB Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menerima titah diraja daripada Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak

Keberangkatan tiba SPB Yang di-Pertuan Agong berserta SPB Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah pada pukul 10 pagi disambut Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Mulia dan Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Turut menyambut keberangkatan baginda berdua ialah Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan isteri YABhg. Datin Sri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Tuanku Hajah Haminah kemudian menerima sembah 'Hormat Diraja' daripada Mejar Mohd Eqram Mohd Rosli yang mengetuai barisan Kawalan Kehormatan Utama Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja dengan kekuatan 4 pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat.

Selepas itu lagu 'Negaraku' dimainkan oleh pancaragam Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja diikuti tembakan meriam 21 das.

 

SPB Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan manyampaikan titah diraja. Berangkat sama, SPB Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah
 
Selesai istiadat tersebut Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah diiringi ke Bilik Diraja untuk sesi bergambar sebelum ke Dewan Rakyat bagi menyampaikan titah ucapan perasmian.

Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 20 hari hingga 7 April sementara Dewan Negara dari 18 April hingga 4 Mei selama 11 hari.

Kemaskini terakhir pada: 23 Mac 2016 | Hits: 13404

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 19/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.031 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my