WARGA PARLIMEN MERIAHKAN SENAMROBIK @ HARI SUKAN NEGARA
control 1control 2control 3
Isnin, 12 Oktober 2015 –  Program Senamrobik Ceria@ Hari Sukan Negara yang julung-julung kali diadakan telah berjaya menghimpunkan seramai lebih 2000 orang penjawat awam daripada pelbagai jabatan dan agensi. Program tersebut telah diadakan pada 10 Oktober 2015 bertempat di Perkarangan Kompleks C, Putrajaya. Warga Parlimen Malaysia juga tidak terkecuali dari menyertai program tersebut dan telah diketuai oleh YBhg. Datuk Awang Alik Jeman, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia.
 

Rangkuman gambar-gambar sekitar Senamrobik Ceria@Hari Sukan Negara
 

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), YBhg. Datuk Seri Zainal Rahim Seman dan Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, YBhg. Datuk Seri Noorul Ainur Mohd Nur.
 
Program yang bermula pada jam 9 pagi telah dimulakan dengan aktiviti senam seni dan demonstrasi karate dan diikuti dengan senamrobik dan demonstrasi silat serta zumba dan demontrasi lompat tali. Upacara perasmian telah diadakan pada jam 10 pagi dengan gimik perasmian oleh YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa dan YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal telah melakukan aksi Muay Thai.
 
Program Senamrobik Ceria ini dapat memupuk dan menyemarakkan semangat perpaduan, menggalakkan pembangunan ekonomi negara melalui industri sukan dan meningkatkan pengetahuan sukan penjawat awam.

Kemaskini terakhir pada: 15 Oktober 2015 | Hits: 10929

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 19/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.034 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my