RANG UNDANG-UNDANG CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (2014) DILULUSKAN DI DEWAN RAKYAT
control 1control 2control 3
Selasa, 8 April 2014 - Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014 telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 7 April 2014. Bacaan kali pertama rang Undang-undang GST 2014 telah dibentangkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, YB Datuk Haji Ahmad Maslan pada 31 Mac lalu.
 
 
Yang di-Pertua Dewan Rakyat merakamkan gambar kenang-kenangan bersama-sama Timbalan Menteri Kewangan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Setiausaha Dewan Rakyat selepas
Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan (2014) 
diluluskan di Dewan Rakyat
 
Rang undang-undang ini telah dibahaskan sejak 3 April 2014 dan diluluskan selepas proses undian belah bahagi sebanyak 2 kali dengan jumlah 118 undi bersetuju berbanding 81 undi tidak bersetuju untuk undian kali pertama manakala undian kali kedua mencatatkan 119 undi bersetuju berbanding 81 undi tidak bersetuju. Kedua-dua pihak merangkumi pihak kerajaan dan pembangkang mengambil bahagian secara aktif dengan mengemukakan pelbagai pandangan sebelum rang undang-undang tersebut diluluskan. Melalui pelaksanaan GST ini, ia di harap dapat memberi banyak manfaat kepada orang ramai dan sedikit sebanyak membantu di dalam meningkatkan ekonomi negara.

Kemaskini terakhir pada: 14 April 2014 | Hits: 14750

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 24/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.033 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my