ENAM ANGKAT SUMPAH AHLI DEWAN NEGARA
control 1control 2control 3
PARLIMEN MALAYSIA, 7 Disember – YB Senator Tuan Khairul Azwan Harun, Naib Ketua Pemuda UMNO adalah antara enam individu yang mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara hari ini di Dewan Negara, di sini.
 

YB Senator Tuan Khairul Azwan Harun, Naib Ketua Pemuda UMNO, 40, mengangkat lafaz sumpah ikrar pada Upacara Mengangkat Sumpah Ahli-ahli Dewan Negara di hadapan YB Senator Dato’ Sri SA. Vigneswaran, Yang di-Pertua Dewan Negara.


YB Senator Datuk Rabiyah Ali, Ketua Wanita UMNO Perhubungan Melaka, 66, mengangkat lafaz sumpah ikrar pada Upacara Mengangkat Sumpah Ahli-ahli Dewan Negara di hadapan YB Senator Dato’ Sri SA. Vigneswaran, Yang di-Pertua Dewan Negara.

Turut mengangkat sumpah ialah YB Senator Datuk Rabiyah Ali, Ketua Wanita UMNO Perhubungan Melaka; YB Senator Datuk Hanafi Mamat, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kelantan; YB Senator Datuk Mustapa Kamal Mohd Yusoff, Ketua UMNO Bahagian Seputeh; YB Senator Dato’ Fahariyah Md Nordin, Penolong Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO dan YB Senator Puan Rahemah Idris, Pengerusi Kluster Pendidikan Badan Perhubungan UMNO Johor. Pelantikan mereka adalah bagi tempoh satu penggal (tiga tahun).

Upacara berkenaan dilakukan di hadapan YB Senator Dato’ Sri SA. Vigneswaran, Yang di-Pertua Dewan Negara.
 

YB Senator Datuk Hanafi Mamat, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kelantan, 62, mengangkat lafaz sumpah ikrar pada Upacara Mengangkat Sumpah Ahli-ahli Dewan Negara di hadapan YB Senator Dato’ Sri SA. Vigneswaran, Yang di-Pertua Dewan Negara.

YB Senator Datuk Mustapa Kamal Mohd Yusoff, Ketua UMNO Bahagian Seputeh, 53, mengangkat lafaz sumpah ikrar pada Upacara Mengangkat Sumpah Ahli-ahli Dewan Negara di hadapan YB Senator Dato’ Sri SA. Vigneswaran, Yang di-Pertua Dewan Negara.

Dalam ucapan aluannya, YB Senator Dato’ Sri SA. Vigneswaran berharap mereka yang dilantik dapat menunjukkan perangai, perwatakan, keperibadian tinggi dan bersopan-santun semasa menyertai sesi persidangan Dewan Negara.

"Sekarang ini saya risau kerana terdapat segelintir Yang Berhormat yang tidak menghormati kemuliaan Parlimen dan melanggar peraturan mesyuarat serta perlembagaan negara.”

"Saya memperingati diri saya dan menarik perhatian semua Yang Berhormat supaya memahami segala peruntukan yang termaktub dalam perlembagaan negara dan peraturan-peraturan mesyuarat (Dewan Negara)," katanya.
 

YB Senator Dato’ Fahariyah Md Nordin, Penolong Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO, 37, mengangkat lafaz sumpah ikrar pada Upacara Mengangkat Sumpah Ahli-ahli Dewan Negara di hadapan YB Senator Dato’ Sri SA. Vigneswaran, Yang di-Pertua Dewan Negara.


YB Senator Puan Rahemah Idris, Pengerusi Kluster Pendidikan Badan Perhubungan UMNO Johor, 57, mengangkat lafaz sumpah ikrar pada Upacara Mengangkat Sumpah Ahli-ahli Dewan Negara di hadapan YB Senator Dato’ Sri SA. Vigneswaran, Yang di-Pertua Dewan Negara.

Kemaskini terakhir pada: 14 Disember 2016 | Hits: 24841

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 27/03/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.034 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my