PARLIMEN MALAYSIA, 24 Nov 2015 - Brazil berhasrat untuk mewujudkan hubungan dua hala yang kukuh melibatkan Parlimen kedua-dua negara, kata Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang.
YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang, Yang di-Pertua Dewan Negara mengalu-alukan kehadiran
H.E. Carlos Martins Ceglia, Duta Besar Brazil ke Malaysia ketika pertemuan di Bilik Kunjungan Hormat, Parlimen Malaysia
Beliau berkata Brazil juga ingin mempelajari kejayaan Malaysia yang berupaya mengamalkan polisi kesederhanaan serta toleransi dalam menjaga keamanan negara.
Abu Zahar berkata perkara itu dibangkitkan sewaktu menerima kunjungan hormat Duta Besar Brazil ke Malaysia Carlos Martins Ceglia selama hampir dua jam di bangunan Parlimen di sini Selasa.
H.E. Carlos Martins Ceglia menandatangani buku pelawat
Selain itu, Duta Besar Brazil agak kagum dengan pemerintahan kerajaan kita yang amat baik sekali, kerana bukan senang nak menyatukan semua kaum dalam satu negara.
Katanya Brazil turut berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai rakan dagangan bagi menembusi pasaran ASEAN kelak.
H.E. Carlos Martins Ceglia bertemu buat pertama kali dengan Yang di-Pertua Dewan Negara sejak dilantik menjadi
Duta Besar Brazil ke Malaysia pada Julai 2015
Pertemuan tamat kira-kira jam 12 tengah hari.