DUTA ALGERIA DAN DUTA RUSIA KUNJUNGI YPDN
control 1control 2control 3
PARLIMEN MALAYSIA, 2 Jun – Yang di-Pertua Dewan Negara (YPDN) YB Senator Datuk SA. Vigneswaran hari ini menerima dua kunjungan hormat secara berasingan di Pejabat Yang di-Pertua Dewan Negara, di sini.


Yang di-Pertua Dewan Negara YB Senator Datuk SA. Vigneswaran bersalaman dengan Duta Besar Algeria ke Malaysia TYT Nasreddine Rimouche pada kunjungan hormat sebelah pagi.

YB Senator SA. Vigneswaran mula-mula menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Algeria ke Malaysia TYT Nasreddine Rimouche bermula jam 11.30 pagi.


Yang di-Pertua Dewan Negara YB Senator Datuk SA. Vigneswaran menerima cenderamata kenang-kenangan daripada Duta Besar Algeria ke Malaysia TYT Nasreddine Rimouche di hujung pertemuan.

Beliau kemudiannya turut menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Rusia ke Malaysia TYT Valery N. Yermolov pada jam 2 petang.


Yang di-Pertua Dewan Negara YB Senator Datuk SA. Vigneswaran berjabat tangan dengan Duta Besar Rusia ke Malaysia TYT Valery N. Yermolov pada kunjungan hormat sebelah petang.

Ini merupakan kunjungan hormat pertama kedua-dua Duta berkenaan ke atas YB Senator SA. Vigneswaran sejak beliau dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara.
 

Yang di-Pertua Dewan Negara YB Senator Datuk SA. Vigneswaran menyampaikan cenderamata Parlimen Malaysia kepada Duta Besar Rusia ke Malaysia TYT Valery N. Yermolov di akhir kunjungan hormat berkenaan.

Kunjungan hormat tamat kira-kira jam 3.30 petang.

Kemaskini terakhir pada: 8 Jun 2016 | Hits: 9234

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 19/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.034 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my