DUA AHLI DEWAN NEGARA DILANTIK SEMULA SEBAGAI SENATOR
control 1control 2control 3
PARLIMEN MALAYSIA, 16 MEI – YB Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan YB Senator Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Negara untuk tempoh tiga tahun di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Datuk SA. Vigneswaran hari ini.
 

YB Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri sedang mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Negara untuk tempoh tiga tahun di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Datuk SA. Vigneswaran.

Vigneswaran dalam ucapannya mengingatkan anggota Dewan Negara itu supaya komited dalam menjalankan tanggungjawab dan menjadi pemimpin yang berwibawa dan dihormati, selain sentiasa mempertahankan dan melindungi kedaulatan negara.

Penggal sebagai Ahli Dewan Negara Paul Low dan Dr. Loga yang juga Naib Presiden myPPP, berakhir semalam.
 

YB Senator Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan sedang mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Negara untuk tempoh tiga tahun di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Datuk SA. Vigneswaran.

Tempoh keanggotaan sebagai anggota Dewan Negara kedua-dua mereka untuk penggal kedua, akan berakhir Mei 2019.

Kemaskini terakhir pada: 18 Mei 2016 | Hits: 12224

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 19/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.033 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my