DEWAN RAKYAT PERINGATI MANGSA NAHAS HELIKOPTER BATANG LUPAR
control 1control 2control 3
PARLIMEN MALAYSIA, 16 Mei – Dewan Rakyat hari ini bertafakur selama seminit bagi memperingati pemergian dua Anggota Parlimen yang terkorban dalam nahas helikopter AS350 di Batang Lupar, Sarawak pada 5 Mei lepas.
 

Ahli-ahli Dewan Rakyat membaca Al-fatihah dan bertafakur selama seminit bagi memperingati pemergian Allahyarhamah Dato' Noriah Kasnon bersama lima yang lain dalam 
tragedi helikopter terhempas di Sarawak pada 5 Mei lalu. 
 
Pada masa sama, Dewan Rakyat turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Anggota Parlimen Sungai Besar Allahyarhamah Dato' Noriah Kasnon dan Anggota Parlimen Kuala Kangsar Allahyarham Dato' Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad serta empat mangsa lain yang terkorban dalam nahas itu.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia ketika memulakan persidangan meminta anggota dewan beragama Islam membacakan Al-fatihah buat mangsa manakala wakil rakyat bukan Islam bertafakur sebagai tanda memperingati mangsa nahas itu.

Beliau menyifatkan kematian kedua-dua anggota Parlimen itu sebagai satu kehilangan besar kepada negara.

 

Antara Ahli Kabinet yang hadir membaca Al-fatihah dan bertafakur selama seminit bagi memperingati pemergian mangsa tragedi helikopter terhempas di Sarawak pada 5 Mei lalu.
 
Allahyarham Noriah yang juga Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, merupakan pemimpin yang berwibawa dan sentiasa mengambil berat kebajikan rakyat sepanjang menjadi Anggota Parlimen Sungai Besar sejak 2004, katanya.

Beliau berkata Allahyarham Wan Mohammad Khair-il Anuar pula telah banyak berjasa sepanjang menjadi Anggota Parlimen Kuala Kangsar dan Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

"Sesungguhnya jasa dan pengorbanan Allahyarham Dato' Noriah dan Allahyarham Dato' Wan Mohammad Khai-ril Anuar sungguh besar dalam menaikkan imej negara di persada antarabangsa," katanya.

 

Ahli Parlimen Johor Baharu & Ketereh ketika membaca Al-fatihah dan bertafakur selama seminit bagi memperingati pemergian Allahyarhamah Dato' Noriah Kasnon bersama lima yang lain dalam 
tragedi helikopter terhempas di Sarawak pada 5 Mei lalu.
 
Pada 5 Mei lepas, helikopter yang membawa mereka bersama tiga lagi penumpang dan juruterbang dilaporkan hilang pada pukul 4.12 petang sejurus berlepas dari Betong ke Kuching.

Turut terkorban suami Noriah, Asmuni Abdullah, pengawal peribadinya, Ahmad Sobri Harun, Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Sundaran Annamalai dan juruterbang warga Filipina, Kapten Rudolf Rex Ragas.

Kemaskini terakhir pada: 18 Mei 2016 | Hits: 10049

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 23/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.034 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my