Dewan
Rakyat mempunyai seramai 222 ahli, dan setiap ahli mewakili
satu kawasan pilihan raya. Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan
ramai melalui pilihan raya. Setiap ahli Dewan Rakyat memegang
jawatan selama lima tahun, dan selepas itu pilihan raya yang
baru akan diadakan.
Kelayakan
menjadi ahli adalah seperti berikut:-
- warga
negara Malaysia
- tidak
kurang dari 21 tahun
- waras
fikiran
- bukan
seorang muflis
- tidak
mempunyai rekod jenayah
Seorang
ahli tidak boleh memegang jawatan kedua-dua Dewan Rakyat dan
Dewan Negara dalam satu masa.
Sebelum memegang sebarang kerusi dalam Parlimen, setiap ahli
dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan
Rakyat. Negara. Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji
bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai
ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia
serta mematuhi, menjaga dan mempertahankan Perlembagaan. |