Yang
di-Pertua Dewan Rakyat hendaklah meletak jawatan setelah menulis
surat menyatakan sedemikian kepada Setiausaha Dewan Rakyat,
dan hendaklah mengosongkan jawatan tersebut sekiranya:-
- Dewan
Rakyat mula bersidang selepas pilihan raya
- berhenti
menjadi ahli Dewan Rakyat jika beliau ahli Dewan yang
dipilih
- beliau
menjadi calon pilihan raya ke Dewan Rakyat atau jika hilang
kelayakan menurut undang-undang
Bila Yang di-Pertua tidak hadir, Timbalan
Yang di-Pertua mempengerusikan persidangan.
Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
mestilah meletak jawatan sebagai ADUN sekiranya beliau ingin
menjawat jawatan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Yang di-Pertua
Dewan Rakyat sekarang ialah
YB TAN SRI DATUK PANDIKAR AMIN BIN HAJI MULIA (tempoh 28 April 2008 hingga kini).
Senarai Yang di-Pertua Dewan Rakyat