Dewan
Negara terdiri daripada seramai 70 orang ahli. Dewan
Negeri terbahagi kepada dua kategori seperti berikut:-
- 26
ahli yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili
13 negeri (setiap negeri diwakili oleh dua orang ahli).
- 44
ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong atas nasihat Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu ahli masing-masing
dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putra Jaya.
Untuk
layak menjadi ahli, seseorang calon hendaklah:-
-
warganegara Malaysia
- tidak
kurang dari 30 tahun
- waras
fikiran
- bukan
seorang muflis
- tidak
mempunyai rekod jenayah
Jawatan
itu hendaklah dipegang selama satu penggal (tiga tahun) dan
boleh disambung sebanyak satu penggal lagi, sama ada dilantik
pada peringkat Persekutuan atau pemilihan pada peringkat negeri.
Kedudukan
Dewan Negara tidak berubah dengan pembubaran Parlimen. Ahli-ahli
Dewan Negara dilantik atau dipilih dari kalangan mereka yang
menyumbang khidmat yang cemerlang atau telah mencapai kecemerlangan
dalam profesion masing-masing, dalam perdagangan, industri,
pertanian, aktiviti kebudayaan atau perkhidmatan sosial atau
merupakan wakil kumpulan bangsa minoriti ataupun berkebolehan
menjaga kepentingan orang-orang asli.
Setiap
ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua
Dewan Negara. Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji
bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai
ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia
serta mematuhi, menjaga dan mempertahan Perlembagaan.
|