CSPOC KE-23 DILANCAR PENUH WARNA-WARNI
control 1control 2control 3

Isnin, 11 Januari 2016 - Persidangan selama enam hari dihadiri lebih 50 speaker Negara-negara Komanwel telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pagi tadi.


Timbalan Perdana Menteri YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meletakkan replika cokmar ketika merasmikan Persidangan Speaker dan Pegawai Dewan Negara-negara Komanwel (CSPOC) ke-23 sambil diperhatikan oleh Yang di-Pertua Negara & Dewan Rakyat, Ketua Menteri Sabah serta Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah

 

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah disambut dengan Perarakan Usunan yang merupakan satu warisan budaya yang unik dan amat rapat dengan masyarakat di Kota Belud. Warisan ini diturunkan dari satu generasi dengan penuh ketertiban alat pemakaian dan kegunaannya.


Usunan atau usungan dalam Bahasa Melayu dirujuk kepada alat seperti tandu yang digunakan untuk mengusung orang besar-besar (bangsawan atau kenamaan) dan dikelilingi oleh pengiring-pengiring untuk menuju ke satu tempat.
 

Timbalan Perdana Menteri YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bergambar kenang-kenangan bersama Speaker-speaker dewan yang hadir di Persidangan Speaker dan Pegawai Dewan Negara-negara Komanwel (CSPOC) ke-23

 

Sementara itu, Speaker Dewan Rakyat, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Mulia berkata speaker boleh berperanan sebagai penghubung antara persepsi masyarakat dengan keadaan realiti melibatkan badan perundangan negara-negara anggota.

Speaker dan pegawai Dewan negara-negara Komanwel perlu mengamalkan sikap dan pemikiran baharu dalam menangani cabaran dalam era teknologi dan media sosial baharu.


"Lebih malang, kemunculan teknologi dan media sosial yang canggih pada masa sama menyebabkan badan perundangan dan speaker secara tidak langsung terdedah kepada lebih banyak keraguan dan sinisme.


"Siaran bersifat berat sebelah akan menimbulkan kekecewaan mendalam masyarakat terhadap badan perundangan," katanya pada ucapan aluan pembukaan Persidangan Speaker dan Pegawai Dewan Negara-negara Komanwel (CSPOC) ke-23, di sini hari ini.


Walaupun pelbagai cabaran terpaksa dilalui speaker dan pegawai dewan negara-negara Komanwel, namun Pandikar yakin mereka sentiasa memastikan kedaulatan, keselamatan dan kemerdekaan negara masing-masing.


Kemaskini terakhir pada: 18 Januari 2016 | Hits: 10498

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 25/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.034 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my