BUDIMAN, MASTURA HADIRI TAKLIMAT KHAS DEWAN RAKYAT
control 1control 2control 3
PARLIMEN MALAYSIA, 27 Jun – Dua Ahli Dewan Rakyat yang baru dipilih YB Budiman Mohd. Zohdi dan YB Datin Mastura Mohd. Yazid, hari ini menjejak kaki di bangunan Parlimen untuk satu taklimat khas.
 

Setiausaha Dewan Rakyat YBhg. Datuk Roosme Hamzah menunjukkan nota taklimat kepada media sebelum bermulanya sesi taklimat.
 
Budiman, wakil rakyat bagi kerusi Parlimen Sungai Besar, Selangor dan Mastura bagi kerusi Kuala Kangsar, Perak hadir untuk mendengar taklimat berkenaan perjalanan dan peraturan mesyuarat Dewan Rakyat serta perkara lain yang berkaitan sebagai persediaan kepada kedua-dua mereka untuk menggalas tanggungjawab baharu itu.

Taklimat itu yang disampaikan Setiausaha Dewan Rakyat YBhg. Datuk Roosme Hamzah di pejabatnya berlangsung kira-kira satu jam.


Setiausaha Dewan Rakyat YBhg. Datuk Roosme Hamzah bersalaman sambil menyerahkan 'Kit Ahli Parlimen' kepada Ahli Dewan Rakyat Sungai Besar YB Budiman Mohd Zohdi.
 
Ketika ditemui pemberita selepas sesi taklimat itu, kedua-dua wakil rakyat berkenaan menyatakan tidak sabar untuk berada di dalam Dewan Rakyat, bagi mengutarakan isu-isu berkaitan rakyat.

Bagi Budiman, segala persediaan menjadi Ahli Dewan Rakyat telah dirangka sejak hari pertama selepas dipilih sebagai wakil rakyat Sungai Besar dan kini beliau cukup bersedia.

“Memandangkan kita akan mula memasuki mesyuarat Dewan Rakyat pada Oktober iaitu pada sesi pembentangan Bajet (2017), jadi isu-isu yang mungkin akan saya bawa menjurus ke arah itu,” katanya.

Mastura pula berikrar untuk terlibat secara aktif dalam perbahasan di Dewan Rakyat walaupun mengakui masih banyak yang perlu dipelajari terutama isu-isu peringkat antarabangsa.


“Banyak penyelidikan yang perlu dibuat merangkumi semua perkara di peringkat antarabangsa dan saya perlu melihat dan mendalami perjalanan Dewan Rakyat,” katanya.


Setiausaha Dewan Rakyat YBhg. Datuk Roosme Hamzah menyampaikan 'Kit Ahli Parlimen' kepada Ahli Dewan Rakyat Kuala Kangsar YB Datin Mastura Mohd Yazid dan Ahli Dewan Rakyat Sungai Besar YB Budiman Mohd Zohdi sebelum memberi taklimat kepada kedua-dua Ahli Dewan Rakyat yang baru dipilih.
 
Kedua-dua mereka dijangka mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Mulia pada mesyuarat Dewan Rakyat akan datang iaitu pada 17 Oktober.

Turut hadir pada sesi taklimat itu Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) YB Tan Sri Datuk Seri Utama Shahrir Samad dan anak sulung Mastura, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar.

 

Setiausaha Dewan Rakyat YBhg. Datuk Roosme Hamzah bergambar dengan Ahli Dewan Rakyat Kuala Kangsar YB Datin Mastura Mohd Yazid dan Ahli Dewan Rakyat Sungai Besar YB Budiman Mohd Zohdi. Hadir sama, Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional YB Tan Sri Datuk Seri Utama Shahrir Abdul Samad dan anak Mastura, Wan Emir Astar Wan Khair-il Annuar.

Budiman dan Mastura dipilih sebagai Ahli Dewan Rakyat Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada pilihan raya kecil (PRK) di kawasan masing-masing yang diadakan serentak pada 18 Jun lepas.

Kemaskini terakhir pada: 1 Julai 2016 | Hits: 11578

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 27/03/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.035 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my