GOTONG-ROYONG MEMASAK BUBUR LAMBUK DI PARLIMEN MERIAH
control 1control 2control 3
Khamis, 10 Julai 2014 – Sudah menjadi kelaziman di bulan Ramadhan, bubur lambuk dijadikan juadah istimewa semasa berbuka puasa. Menyedari hakikat tersebut, Biro Agama dan Kaunseling, Kelab Kebajikan dan Sukan Parlimen Malaysia dengan kerjasama Biro Kebajikan, PUSPANITA Parlimen Malaysia telah menganjurkan Program Gotong-royong Memasak Bubur Lambuk yang bertempat di Kafetaria Tingkat 1, Blok Utama. Program tersebut bermula pada jam 9 pagi dan disertai oleh pegawai-pegawai dan kakitangan Parlimen Malaysia yang bekerjasama untuk menyediakan segala kelengkapan dan bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak bubur lambuk.
 
 

Rangkuman gambar semasa Program Gotong-Royong Memasak Bubur Lambuk

YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang, Yang di-Pertua Dewan Negara turut sudi meluangkan masa untuk bersama-sama dalam program tersebut. Turut hadir ialah YBhg. Datuk Lamien Sawiyo, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, YBhg. Encik Awang Alik Jeman, Timbalan Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia dan YBhg. Datuk Zamani Hj. Sulaiman, Setiausaha Dewan Negara. Di samping itu, Yang di-Pertua Dewan Negara dan Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia turut berkesempatan untuk memberikan ucapan ringkas dalam program tersebut.
 
Sebanyak 2 periuk besar bubur lambuk telah berjaya dihasilkan dan bakal diagihkan kepada semua warga Parlimen Malaysia. Program seperti ini harus diteruskan penganjurannya pada tahun-tahun akan datang kerana ia bukan sahaja dapat mengeratkan ukhwah di kalangan warga Parlimen tetapi juga dapat memupuk semangat kerjasama di antara satu sama lain.
 
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua atas kesungguhan dan kudrat yang disumbangkan dalam menjayakan program ini.

Kemaskini terakhir pada: 11 Julai 2014 | Hits: 10355

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 19/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.035 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my