4 ORANG PEMIMPIN MENGANGKAT SUMPAH SEBAGAI AHLI DEWAN NEGARA
control 1control 2control 3
Isnin, 21 April 2014 – Upacara Mengangkat Sumpah Ahli-ahli Dewan Negara telah diadakan di Dewan Persidangan, Blok Dewan bermula jam 10 pagi. Bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri , YB Senator Dato’ Lee Chee Leong adalah di antara empat pemimpin yang mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang, Yang di-Pertua Dewan Negara. Turut hadir ialah YB Senator Datuk Doris Sophia Brodi, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara
 

YB Senator Dato’ Lee Chee Leong mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara
 
Selain itu, Ketua UMNO Bahagian Jempol, YB Senator Dato’ Haji Mohd Salim Shariff, 49 tahun, Ketua pemuda MCA, YB Senator Tuan Chong Sin Woon dan YB Senator Datuk Hamzah Mohd Kasim, Ketua UMNO Bahagian Gopeng turut mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara.Kesemua mereka dilantik buat pertama kali untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa hari ini.

YB Senator Dato’ Lee Chee Leong, berusia 57 tahun merupakan anak kelahiran Ipoh, Perak dan merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perakaunan dan Kewangan daripada Bristol Polytechnic England.
 

YB Senator Dato’ Haji Mohd Salim Shariff mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara

YB Senator Dato’ Haji Mohd Salim Shariff dilahirkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan memegang jawatan sebagai Pengerusi Risda Bina Sdn.Bhd dan pernah menjadi Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Pelajaran pada tahun 2009 hingga 2013.
 

YB Senator Tuan Chong Sin Woon mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara
 
Sementara itu, YB Senator Tuan Chong Sin Woon berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan pernah menjadi Pemidato Terbaik Perhimpunan Agung MCA pada tahun 2012.
 

YB Senator Datuk Hamzah Mohd Kasim mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara
 
Selain itu, YB Senator Datuk Hamzah Mohd Kasim berkelulusan Executive Diploma in Business and Management dan juga merupakan Pengarah Urusan Syarikat Tunas Puncak Sdn.Bhd. Beliau sangat aktif dalam bidang politik dan menyertai UMNO dari tahun 1981,
 
Sementara itu, dalam ucapannya, Yang di-Pertua Dewan Negara mengingatkan Ahli-ahli Dewan Negara agar sentiasa berusaha memahami, menghayati, mempertahankan serta mendukung Perlembagaan Persekutuan. Beliau turut menasihati mereka supaya tidak sesekali melanggar dan mengingkari sumpah setia yang telah dilafazkan.

Kemaskini terakhir pada: 23 April 2014 | Hits: 12120

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 27/03/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.030 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my