DR. WAN AZIZAH, DATO' HASAN ANGKAT SUMPAH SEBAGAI ANGGOTA DEWAN RAKYAT
control 1control 2control 3
PARLIMEN MALAYSIA, 18 Mei 2015 --Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Dato' Hasan Arifin masing-masing mengangkat sumpah sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh dan Rompin yang baharu pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-13 yang bermula hari ini. Upacara itu berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan anggota Parlimen yang lain sebaik persidangan dewan bermula.
 

Anggota Parlimen Permatang Pauh dan Rompin mengangkat lafaz sumpah ikrar pada Majlis Angkat Sumpah sebagai Anggota Parlimen di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia di Parlimen hari ini.
 
Dr Wan Azizah yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) kembali ke Dewan Rakyat selepas memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh dengan majoriti 8,841 undi, mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Suhaimi Sabudin yang mendapat 21,475 undi. Dr Wan Azizah merupakan ketua pembangkang dari Mac hingga Julai 2008.

Selepas Dr Wan Azizah memenangi kerusi Permatang Pauh pada pilihan raya umum ke-12, beliau mendapat sokongan Pakatan Rakyat untuk memimpin pembangkang dalam Dewan Rakyat. Beliau mengosongkan kerusi Permatang Pauh pada Julai 2008 selepas suaminya yang juga Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan hasratnya kembali aktif dalam politik. Anwar memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh pada pilihan raya kecil 26 Ogos 2008.

Beliau mempertahankan kerusi itu yang sebelum ini disandang Penasihat PKR yang juga suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang hilang kelayakan selepas didapati bersalah dan dijatuhi hukuman lima tahun penjara kerana meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan tujuh tahun lepas.

Sementara Dato' Hasan, 62 anak kelahiran Kampung Ayau, Leban Chondong yang juga Pemangku Ketua UMNO Bahagian Rompin mempertahankan kedudukan BN di Rompin apabila menewaskan calon PAS Nazri Ahmad dengan majoriti 8,895 undi. Nazri Ahmad memperoleh 14,901 undi. Dato' Hasan, 62 berjaya meraih 23,796 undi kira-kira 61 peratus berbanding Nazri .

PRK Rompin diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen itu, Allahyarham Tan Sri Dr. Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas. Pada pilihan raya umum ke-13 lalu, Jamaluddin mengekalkan kerusi yang disandangnya hampir enam penggal itu dengan mengalahkan bekas Ketua Dewan Muslimat PAS, Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.

Sementara itu, sesi mesyuarat kedua persidangan kali ini akan berlangsung selama 16 hari, dan dewan akan berehat selama empat hari dari 1 hingga 4 Jun bersempena cuti perayaan Hari Gawai. Sidang dewan akan bersambung semula dari 8 Jun hingga 18 Jun dari Isnin hingga Khamis dari 10 pagi hingga 5.30 petang.

Kemaskini terakhir pada: 19 Mei 2015 | Hits: 10547

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 29/03/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.036 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my