DATO' DR. JOHARI MAT ANGKAT SUMPAH SEBAGAI SENATOR BAGI PENGGAL KEDUA
control 1control 2control 3
PARLIMEN MALAYSIA, 14 Julai 2014 – Timbalan Pesuruhjaya PAS II Kelantan, Dato’ Dr. Johari Mat hari ini mengangkat sumpah sebagai senator bagi penggal kedua di Dewan Negara. YB Senator Dato’ Dr. Johari, 62, yang juga anggota Majlis Syura Ulama PAS mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang untuk berkhidmat bagi tempoh tiga tahun lagi.
 

Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan Dato' Dr. Johari Mat mengangkat sumpah perlantikan semula sebagai Anggota Dewan Negara di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara  YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang di Dewan Negara di sini, hari ini.
Johari, 62, pertama kali dilantik sebagai anggota Dewan Negara pada 7 Julai 2011.
 
Beliau pertama kali dilantik sebagai Ahli Dewan Negara pada 7 Julai 2011 untuk mewakili Kelantan. Beliau merupakan lulusan Doktor Falsafah (PhD) Usuluddin dari Universiti Iman Mohd Ibn Saud Al-Islamiyyah, Riyadh, Saudi Arabia (1982-1990) dalam pengkhususan akidah dan aliran pemikiran.

Mengulas mengenai pelantikannya, beliau bersyukur dan terharu kerana diberi kepercayaan sekali lagi oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dan berjanji akan berusaha memberi sumbangan yang terbaik untuk memartabatkan bangsa dan agama dalam menjadikan Malaysia sebagai contoh kepada negara Islam yang lain.

YB Senator Dato’ Dr. Johari merupakan mantan Ketua Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) selama 9 tahun bermula Mei 2003 sehingga Mei 2012. Beliau juga berpengalaman sebagai Prof. Madya di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kelantan (2001-2003). Sumbangan beliau terselah dalam bidang penyelidikan mengenai Kajian Ajaran Sesat di Selatan iaitu Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor (1998) serta Kajian Ajaran Sesat di Utara iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang (1999).
 

 

Kemaskini terakhir pada: 16 Julai 2014 | Hits: 14702

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 17/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.032 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my