PENGERUSI PERHUBUNGAN MCA SABAH ANGKAT SUMPAH SEBAGAI SENATOR
control 1control 2control 3
PARLIMEN MALAYSIA, 13 April 2015 -- Pengerusi Perhubungan MCA Sabah, Wilfred Yong Chen Leong, 42, Isnin mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara di sini.
 
Upacara angkat sumpah dilakukan di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Yong yang juga Anggota Jawatankuasa Pusat MCA dan Pengerusi MCA Bahagian Sepanggar, dilantik bagi tempoh tiga tahun. Beliau pernah menjadi Naib Ketua Pemuda MCA Kebangsaan dan Ketua Pemuda MCA Sabah bagi tempoh lima tahun dari 2008 hingga 2013. Yong adalah seorang peguam berkelulusan Sarjana Muda Undang-Undang daripada Universiti Tasmania, Australia dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan, Universiti Preston, Amerika Syarikat.

Selepas angkat sumpah itu, Abu Zahar mengucapkan tahniah kepada Yong dan mengambil kesempatan itu mengingatkan semua Anggota Dewan Negara untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai penggubal undang-undang negara dengan berkesan. Beliau menasihatkan anggota dewan berhujah dengan sebaik mungkin, tidak meleret-leret dan tidak mempolitikkan isu ketika berhujah agar dewan dapat membuat keputusan bijak dan efektif untuk kebaikan masyarakat.

Persidangan Dewan Negara penggal ini selama 11 hari bermula hari ini akan membahas dan dijangka meluluskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong dan 15 rang undang-undang yang diluluskan Dewan Rakyat.

Kemaskini terakhir pada: 20 April 2015 | Hits: 9716

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 29/03/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.033 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my