PENGERUSI PARTI GERAKAN KELANTAN MENGANGKAT SUMPAH SEBAGAI SENATOR
control 1control 2control 3
Rabu, 10 September 2014 – Pengerusi Parti Gerakan Rakyat Malaysia Negeri Kelantan, YB Senator Datuk Ng Chiang Chin telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara pagi tadi di hadapan YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang, Yang di-Pertua Dewan Negara untuk tempoh tiga tahun berkuatkuasa hari ini. Turut hadir ialah YB Senator Datuk Doris Sophia Brodi, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara dan YBhg. Datuk Lamien Sawiyo, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia dan YBhg. Encik Riduan Rahmat, Setiausaha Dewan Negara.
 

Pengerusi Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) Negeri Kelantan, YB Senator Datuk Ng Chiang Chin mengangkat sumpah sebagai Senator  di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang di Dewan Negara.

Beliau pernah memegang beberapa jawatan di dalam parti termasuklah sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat dari tahun 1993 hingga 1999, Bendahari Parti Gerakan Rakyat dari 1999 hingga 2013 dan sebagai Pengerusi Parti Gerakan Negeri Kelantan dari tahun 2002 hingga sekarang.
 

YB Senator  Datuk Ng Chiang Chin menandatangani watikah pelantikan  di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara
 
Selain itu, beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah , Lembaga Tembakau Negara dan Pengarah Telekom Malaysia dari tahun 1996 hingga 2000. YB Senator Datuk Ng Chiang Chin berazam untuk membangkitkan isu berkaitan perpaduan negara dan keharmonian sejagat semasa persidangan akan datang.

Kemaskini terakhir pada: 11 September 2014 | Hits: 11175

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 23/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.034 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my