AZIZAH HARUN ANGKAT SUMPAH SEBAGAI AHLI DEWAN NEGARA
control 1control 2control 3
PARLIMEN MALAYSIA, 7 Julai 2015 -- Anggota Exco Wanita UMNO, YB Senator Azizah Harun hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang.
 

YB Senator Hajah Azizah Binti Jahi Harun mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal pertama di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Azizah, 56, yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Sepang dilantik untuk penggal pertama bagi tempoh 2015 hingga 2018. Beliau kini memegang jawatan sebagai Penyelia Kanan, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
 

YB Senator Hajah Azizah Binti Jahi Harun menandatangani lafaz ikrar selepas mengangkat sumpah sebagai Senator bagi 3 tahun di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang di Dewan Negara di sini.

YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang ketika mengalu-alukan pelantikan YB Senator Azizah mengingatkan semua anggota Parlimen terdiri daripada anggota Dewan Rakyat dan Dewan Negara agar taat kepada negara, mempertahan serta melindungi Perlembagaan negara.

Beliau berkata sebagai anggota Parlimen, mereka sesungguhnya memahami dan menghayati sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan yang diamal sejak merdeka.

"Keputusan pemerintahan negara secara demokrasi dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya umum lima tahun sekali mestilah dihormati oleh semua rakyat khususnya ahli Parlimen sendiri, janganlah sesekali wujudnya pula perilaku cuba hendak sabotaj atau jatuhkan kerajaan tanpa melalui proses demokrasi, jadi harus menjaga keharmonian dan kesejahteraan rakyat sejagat," katanya.

Sambil melahirkan kerisauan situasi masa kini, Yang di-Pertua Dewan Negara berkata semua pihak seharusnya berfikiran rasional agar tidak sesekali melakukan sesuatu perkara di luar Perlembagaan dan sistem pemerintahan demokrasi.

Terdahulu, sambil mengucapkan tahniah atas pelantikan YB Senator Azizah, beliau berharap anggota senator khususnya mereka yang dilantik pertama kali akan menjalankan tugas dengan bijaksana di samping memberikan sumbangan berguna dan berfaedah kepada rakyat dan negara ini.

"Ahli Yang Berhormat yang baharu dilantik khususnya, dinasihat jangan membuang masa sebaik mengangkat sumpah teruslah tunjukkan kebolehan masing-masing. Ini bukan tempat bermain-main dan bersandiwara kerana ini Dewan mulia untuk membuat undang-undang negara," katanya.

Kemaskini terakhir pada: 9 Julai 2015 | Hits: 11037

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 27/03/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.034 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my