HAJAH KHAIRIAH DIPILIH SEMULA SEBAGAI SENATOR
control 1control 2control 3
Rabu, 1 Julai 2015 - YB Senator Puan Hajah Khairiah Mohamed telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara buat kali kedua di hadapan YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang, Yang di-Pertua Dewan Negara di Dewan Persidangan, Parlimen Malaysia pada jam 10 pagi tadi.
 

YB Senator Puan Hajah Khairiah Mohamed mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara
 
YB Senator Puan Hajah Khairiah Mohamed telah dilahirkan pada 4 Ogos 1974 dan merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Beliau telah memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Tetap Dewan Muslimat PAS Kelantan dan juga Ketua Bahagian Khidmat Nasihat Perundangan, Majlis Perbandaran Kota Bharu.
 

YB Senator Puan Hajah Khairiah Mohamed menandatangi watikah pelantikan di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara
 
Dalam ucapan untuk mengalu-alukan pelantikan ahli baru, Yang di-Pertua Dewan Negara telah mengingatkan semua Ahli-ahli Dewan Negara agar sentiasa berusaha untuk memahami, menghayati serta mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

Kemaskini terakhir pada: 7 Julai 2015 | Hits: 10773

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 29/03/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.033 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my