MAJLIS PEMBUKAAN THE 12TH MEETING OF THE AIPA FACT FINDING COMMITTEE (AIFOCOM) TO COMBAT THE DRUG MENACE
control 1control 2control 3
Isnin, 8 Jun 2015 -"EMPOWERING THE PEOPLES FOR A DRUG-FREE ASEAN POST 2015" adalah tema yang telah dipilih bersempena 12th Meeting of The AIPA Fact Finding Committee (AIFOCOM) to Combat The Drug Menace yang telah diadakan di Hotel Le Meridian, Kuala Lumpur. Majlis tersebut telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Mr. P.O. Ram, Setiausaha Agung AIPA dan seterusnya dirasmikan oleh YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang, Yang di-Pertua Dewan Negara. Turut hadir ialah YB Senator Datuk Doris Sophia Brodi, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, beberapa orang Ahli-ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat,Setiausaha Dewan Rakyat dan Negara juga delegasi-delegasi dari negara-negara ASEAN seperti Brunei, Myanmar, Singapura, Thailand, Kemboja,Indonesia, Philipina, Vietnam dan Laos. Mesyuarat tersebut akan berlangsung selama 3 hari bermula pada hari ini sehingga 10 Jun 2015. 
 

Yang di-Pertua Dewan Negara merakamkan gambar kenang-kenangan bersama-sama Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara dan Ketua-ketua Delegasi dari negara-negara ASEAN selepas selesai majlis perasmian.
 
Dalam ucapan perasmiannya, YB Yang di-Pertua Dewan Negara menegaskan bahawa Malaysia bukan sebuah negara yang menghasilkan bahan narkotik sebaliknya amat serius dalam mengetatkan undang-undang serta penguatkuasaan dalam usaha untuk memerangi dadah. Malaysia juga hanya berfikiran satu hala dalam pelaksanaan memerangi ancaman dadah kerana gejala-gejala tersebut membawa ancaman kepada keselamatan negara. 
 
Majlis perasmian tersebut tamat kira-kira jam 10 pagi.

 

Kemaskini terakhir pada: 17 Jun 2015 | Hits: 10357

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 29/03/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.037 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my